awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan semula beberapa sesi persekolahan di Kuching, Padawan dan Samarahan ditangguhkan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
14/07/2020
09:41 MYT
Pembukaan semula beberapa sesi persekolahan di Kuching, Padawan dan Samarahan ditangguhkan
Menurut Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, penangguhan ini melibatkan sekolah rendah dan menengah di tiga kawasan di Kuching, Padawan dan Samarahan. - Gambar fail
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengambil keputusan untuk menangguhkan pembukaan semula beberapa sesi persekolahan untuk tempoh masa sehingga 3 Ogos depan berbeza dari tarikh asal iaitu pada 15 Julai ini.
Menurut Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, penangguhan ini melibatkan sekolah rendah dan menengah di tiga kawasan di Kuching, Padawan dan Samarahan.
“Ini melibatkan Kelas Peralihan, Tingkatan Satu, Dua, Tiga dan Empat, Tingkatan Enam Rendah.
“Manakala, sekolah rendah melibatkan Tahun Lima dan Enam yang dijadualkan bermula pada 15 Julai 2020 dan beserta Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media JPBN di Dewan Undangan Negeri Lama di Kuching hari ini.
Ujarnya lagi, keputusan sebulat suara diambil berdasarkan trend semasa COVID-19 di negeri itu selain nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tambahnya, 138 sekolah terlibat telah dikenal pasti dengan 87 buah sekolah di Kuching, 48 di Padawan dan tiga sekolah lagi di daerah Samarahan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, sesi persekolahan bagi kelas prasekolah, Tingkatan Lima dan Enam Atas diteruskan seperti biasa.
Tegas Uggah, keputusan dilakukan demi menjaga keselamatan orang ramai khasnya dalam usaha mereka membendung jangkitan wabak COVID-19.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, sekolah-sekolah di daerah berstatus hijau akan dibuka mengikut tarikh asal dengan mematuhi prosedur operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Antara keputusan lain yang diumumkan oleh JPBN termasuk pengekalan had kapasiti 250 bagi perhimpunan orang ramai.
Sementara itu, dalam perkembangan COVID-19 di Sarawak, tiada kes dicatatkan pada Selasa dengan dua kes baharu telah sembuh.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#JPBN
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan