awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran tawar ganjaran tangkap juruterbang jet pejuang AS hidup‑hidup
Peluang Neymar ke Piala Dunia 2026 semakin tipis
Kali ini, Itali tidak bersetuju Presiden Trump lempar kritikan terhadap sekutu - Giorgia Meloni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Pemecatan merupakan ujian kematangan Bersatu" - Azmin Ali

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
14/02/2026
05:27 MYT
"Pemecatan merupakan ujian kematangan Bersatu" - Azmin Ali
Azmin memaklumkan Bersatu kini memberi tumpuan kepada usaha membina semula kekuatan parti termasuk merangka strategi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan pemecatan beberapa pemimpin kanan bukan penamat, sebaliknya proses “pendewasaan” untuk memperkukuhkan hala tuju parti dalam menghadapi cabaran politik akan datang.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung hari ini memberi tumpuan kepada langkah-langkah seterusnya bagi memperkemaskan struktur dan gerak kerja parti selepas keputusan Lembaga Disiplin Bersatu semalam.
“Ini satu mesyuarat khas MPT untuk membincangkan apakah langkah-langkah seterusnya bagi memperkukuhkan parti.
"Alhamdulillah, banyak cadangan diterima daripada ahli-ahli MPT dan semua ini akan diperincikan supaya kita dapat terus maju ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas MPT, di sini, hari ini.
Mengulas dakwaan bahawa pemecatan tersebut mencemarkan imej Bersatu, Azmin menegaskan parti tidak melihat perkara itu sebagai satu kelemahan.
Sebaliknya, beliau menyifatkannya sebagai sebahagian daripada proses kematangan yang perlu dilalui oleh mana-mana parti politik.
“Selepas sembilan tahun parti ini dibina, sudah tentu ada pindaan dan perubahan yang perlu dilakukan. Semua parti politik melalui proses yang sama,” katanya.
Menjawab dakwaan tindakan disiplin itu terlalu keras sehingga dikatakan boleh “menguburkan” Bersatu, Azmin menegaskan semua individu yang terlibat masih diberikan ruang untuk membuat rayuan.
“Mereka diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Dalam Bersatu, kita ada kaedah dan peruntukan perlembagaan untuk mengurus serta menangani krisis seperti ini. Tiada siapa terkecuali,” jelasnya lagi.
Azmin turut memaklumkan Bersatu kini memberi tumpuan kepada usaha membina semula kekuatan parti di beberapa bahagian yang terlibat, termasuk merangka strategi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Sementara itu, katanya isu kedudukan Ketua Pembangkang dan pengganti kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat berkenaan.
Azmin berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan sama, Ketua Srikandi Muda Bersatu, Ezzati Abdul Aziz, berkata sayap muda parti akur dengan keputusan Lembaga Disiplin dan berharap semua peringkat kepimpinan serta akar umbi menghormati keputusan tersebut.
“Apa yang berlaku hari ini adalah proses muhasabah diri dan fokus utama Bersatu ketika ini adalah untuk terus bergerak ke hadapan serta kembali mendekati rakyat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Krisis Bersatu
#Bersatu pecat Hamzah
#Azmin Ali
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan