awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kali ini, Itali tidak bersetuju Presiden Trump lempar kritikan terhadap sekutu - Giorgia Meloni

Agensi
Agensi
03/04/2026
23:55 MYT
Kali ini, Itali tidak bersetuju Presiden Trump lempar kritikan terhadap sekutu - Giorgia Meloni
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni (kiri) mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, di Jeddah, Arab Saudi, pada Jumaat. - Gambar Reuters
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni yang lazimnya dilihat sebagai antara sekutu utama Donald Trump di Eropah berkata, beliau “tidak bersetuju” dengan kritikan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu terhadap negara-negara Eropah dan pendirian mereka mengenai perang dengan Iran.
“Saya tetap percaya bahawa dari sudut geopolitik, Eropah tidak (peroleh) banyak keuntungan jika berlaku perpecahan dengan Amerika Syarikat, namun tanggungjawab kami yang paling utama adalah mempertahankan kepentingan negara sendiri, dan apabila kami tidak bersetuju, kami mesti menyatakannya,” katanya kepada penyiar Itali, RAI.
“Dan kali ini, kami tidak bersetuju.”
Meloni, yang kini berada di Arab Saudi bagi mendapatkan jaminan bekalan tenaga untuk Itali berkata, ekonomi negara itu sedang terkesan akibat perang tersebut dan kerajaan pimpinannya bertekad melindungi keluarga serta perniagaan di Itali.
Kenyataannya dibuat hanya beberapa hari selepas Itali menyekat sebuah pesawat Amerika Syarikat yang menuju ke Timur Tengah daripada menggunakan sebuah pangkalan tentera di Sicily.
Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini mengkritik sekutu-sekutu Eropah kerana tidak menyokong perang dengan Iran.
Awal minggu ini, beliau menulis di media sosial bahawa negara-negara lain perlu meningkatkan peranan dalam rondaan di Selat Hormuz, laluan sempit penting bagi pengangkutan minyak yang dikawal Tehran.
Trump berhujah bahawa memandangkan banyak negara Eropah sangat bergantung kepada Selat Hormuz untuk bekalan minyak, mereka juga perlu memikul tanggungjawab membantu memastikan laluan itu kembali beroperasi.
Itali dan beberapa negara Eropah lain telah menghantar bantuan pertahanan udara kepada sekutu mereka di Teluk, namun mempersoalkan kesahihan perang tersebut dari segi undang-undang. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Itali
#Kritikan Trump
#sekutu Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan