awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerdagangan manusia: Lelaki dikurung hampir setahun

Bernama
Bernama
27/10/2022
07:11 MYT
Pemerdagangan manusia: Lelaki dikurung hampir setahun
Pasport mangsa juga dirampas dan telefon bimbitnya diperiksa secara berkala bagi memastikan dirinya tidak membocorkan keadaan sebenar kepada ahli keluarga. - Gambar hiasan/Sinar Harian
IPOH: Seorang lelaki tempatan dikurung hampir setahun dipercayai menjadi hamba pemerdagangan manusia di Manila, Filipina sejak November tahun lepas.
Ibunya Vong Foong Thai, 61, seorang tukang jahit berkata anaknya Choong Chin Yee, 24, pada mulanya mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang perkomputeran di sana kerana ketiadaan kerja selepas pandemik COVID-19.
"Anak saya mahu bekerja di sana selepas ditawarkan satu pekerjaan yang bergaji lumayan iaitu RM8,000 oleh rakannya di Filipina.
"Setibanya di sana, pasportnya telah dirampas dan telefon bimbitnya diperiksa secara berkala bagi memastikan anaknya tidak membocorkan (keadaan sebenar) kepada ahli keluarga," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Vong berkata anak sulungnya itu mula menyedari bahawa dia ditugaskan melakukan penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia yang kononnya menawarkan gaji lebih RM9,000.
"Anak saya tidak mahu melakukan tugas itu jadi memohon untuk dilepaskan. Pada 27 Julai lepas, saya telah diugut oleh seorang lelaki melalui pesanan suara daripada aplikasi WeChat menyatakan saya perlu membayar sejumlah wang tebusan sebanyak RM100,000 bagi melepaskan anak saya pulang," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata, pihaknya akan menghubungi pihak kedutaan di Filipina bagi menguruskan kepulangan Choong selepas dia diarahkan bertemu pihak berkenaan oleh pihak polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemerdagangan manusia
#mangsa dikurung
#Manila
#peluang kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan