awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemeriksaan berkala mampu kesan peringkat awal kanser - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
15/11/2018
09:53 MYT
Pemeriksaan berkala mampu kesan peringkat awal kanser - Dr Dzulkefly
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Pakar Perunding Onkologi Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr Lam Kai Seng (kiri) ketika melawat di sekitar Pusat Kanser Hospital Pantai Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Rakyat Malaysia disaran melakukan pemeriksaan perubatan secara berkala kerana ia mampu mengesan peringkat awal kanser, di samping sentiasa peka tentang petanda penyakit itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kebanyakan kes kanser lewat didiagnos, selalunya pada tahap tiga atau empat akibat kekurangan kesedaran, pemeriksaan kesihatan secara tidak berkala atau kekurangan saringan sewajarnya.
"Pengesanan awal dan tepat menjadi kunci kepada intervensi awal untuk semua jenis kanser bagi meningkatkan peluang merawatnya dengan berjaya," kata beliau pada majlis pelancaran semula Pusat Kanser di Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), di sini hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap kanser setiap tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Dzulkefly berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk manfaat 70,000 wanita dalam mendapatkan saringan mammogram, Vaksinasi Human Papillomavirus (HPV) dan ujian pap smear.
Sementara itu, Pusat Kanser PHKL meluaskan perkhidmatan radioterapi dan onkologinya bagi menyediakan penjagaan bersepadu sepenuhnya kepada pesakit kanser di suatu pusat tunggal. Penjagaan harian kemoterapinya kini mampu memberi rawatan kemoterapi hingga kepada 35 pesakit setiap hari dalam persekitaran lebih kondusif dan tempoh menunggu lebih singkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berkala
#Dr Dzulkefly Ahmad
#kanser
#Menteri Kesihatan
#Pantai Hospital Kuala Lumpur
#pemeriksaan perubatan
#peringkat awal kanser
#PHKL
#Pusat Kanser
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan