awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Azmin lancar Keadilan Raya untuk pertahan jawatan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
15/04/2014
23:45 MYT
Pemilihan PKR: Azmin lancar Keadilan Raya untuk pertahan jawatan
Mohd Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali akan melancarkan gagasan beliau malam ini dalam usaha mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.
Gagasan yang dinamakan Keadilan Raya ini menggariskan halatuju perjuangan Mohd Azmin dan rakan-rakannya dalam PKR.
Mohd Azmin merupakan antara sosok awal ketika PKR ditubuhkan pada 1999 dengan nama Parti Keadilan Nasional.
Dijangkakan calon yang menawarkan diri merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Aminuddin Shaari akan turut bersama Mohd Azmin membentuk satu pasukan dalam pemilihan parti yang akan bermula 25 April hingga 11 Mei ini.
Selain Amiruddin, Ketua AMK sedia ada, Shamsul Iskandar Md Akin yang akan bertanding jawatan naib presiden dan calon Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka akan turut bersama dalam pasukan tersebut.
Pelancaran Gagasan Keadilan Raya ini akan dilaksanakan di Auditorium Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Sebelum ini, seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan timbalan presiden, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersama pasukannya melancarkan gagasan yang dinamakan 'Masa Depan Bersama'.
Selain Saifuddin, pasukan 'Masa Depan Bersama' turut disertai dua calon yang menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden iaitu, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli.
Menurut Saifuddin, pemilihan parti juga harus menampilkan calon yang diyakini oleh pengundi di samping berjaya mengemukakan gagasan untuk memenangkan PKR dan Pakatan Rakyat.
Selain Mohd Azmin dan Saifuddin, jawatan timbalan presiden PKR turut ditandingi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua PKR Cabang Batang Kali, Datuk K. Ramachandram.
Topic Berkaitan
#Pemilihan PKR: Azmin lancar Keadilan Raya untuk pertahan jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan