awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik Airish London dianugerah Usahawan Bumiputera Berjaya

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2018
09:59 MYT
Pemilik Airish London dianugerah Usahawan Bumiputera Berjaya
Aizuddin (dua, kanan) menerima Anugerah Usahawan Bumiputera Berjaya daripada Ahmad Zahid (dua, kiri) pada Majlis Anugerah Usahawan Kebangsaan Cemerlang (Anugerah One) malam tadi. - www.sinarharian.com.my
Detik manis buat pemilik syarikat pengeluar kosmetik Airish London, Datuk Aizuddin Ghazali, 34 tahun, apabila dianugerahkan sebagai Usahawan Bumiputera Berjaya pada Majlis Anugerah Usahawan Kebangsaan Cemerlang (Anugerah One) di sini, malam tadi.
Presiden Airish London itu berkata, anugerah yang diterima akan menjadi pemangkin semangat kepadanya untuk lebih berjaya pada masa depan.
"Saya berharap kejayaan ini akan menyuntik semangat usahawan-usahawan muda, terutama usahawan dalam talian untuk lebih berdaya saing dan meniti kemuncak kejayaan dalam perniagaan.
"Kejayaan yang hendak dicapai memerlukan kerja keras, keberanian dan kesanggupan berdepan dengan risiko," katanya selepas menerima anugerah berkenaan.
Ketika ini katanya, Airish London giat mengembangkan pasarannya di Jakarta dengan menjadikan Malaysia sebagai hab utama di Asia.
"Anugerah One adalah anugerah yang mengiktiraf usahawan-usahawan Malaysia, hasil kejayaan luar biasa usahawan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Ini sekali gus mengharumkan nama Malaysia yang tercalon dalam tujuh kategori utama," katanya.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis dihadiri 1,000 usahawan, yang turut mencalonkan 80 usahawan pelbagai bidang sebagai pemenang mengikut kategori dipertandingkan.
Antara penerima lain pada anugerah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Berhad, Tan Sri Shahril Shamsuddin; Pengerusi Hard Rock Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.
Topic Berkaitan
#Airish London
#Anugerah One
#Bumiputera
#Datuk Aizuddin Ghazali
#usahawan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan