awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun

Bernama
Bernama
20/01/2025
14:30 MYT
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Tengku Maimun menyampaikan ucaptama pada forum bertajuk 'Hidup Untuk Memimpin: Perjalanan Ketua Hakim' di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
Beliau berkata sebagai pemimpin kehakiman, seseorang itu perlu sentiasa mengingati bahawa institusi kehakiman ialah laluan kepada kemajuan dan menjadi penanda aras bagi rakyat menilai negara dan komuniti itu.
"Jika anda pemimpin kehakiman, anda mesti berani lakukan apa yang anda fikirkan betul dan kekal teguh dalam mengejar perkara itu.
"Amat mudah untuk bercakap tentang kebebasan kehakiman, tetapi prinsip itu perlu diterjemahkan kepada tindakan dan juga penghakiman," katanya pada program Live to Lead: The Chief Justice's Journey yang diadakan di Universiti Malaya di sini hari ini.
Mengulas mengenai tuduhan atau dakwaan yang beliau hadapi sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama di Malaysia, Tengku Maimun berkata cabaran bukanlah berkaitan gender, tetapi berpunca daripada kurangnya pemahaman terhadap kedudukan atau keputusan beliau.
Ketika diminta menamakan kes penting dalam karier beliau, Tengku Maimun berkata ia berkaitan kes seorang guru tadika M. Indira Gandhi.
Beliau menegaskan bahawa kes itu tidak berkaitan dengan prinsip Islam kerana ia melibatkan undang-undang sivil disebabkan Indira dan bekas suaminya K. Pathmanathan (juga dikenali sebagai Muhammad Riduan Abdullah setelah memeluk Islam), merupakan penganut Hindu dan perkahwinan mereka didaftarkan di bawah undang-undang sivil.
"Apabila anda melangsungkan perkahwinan sivil, sebarang isu yang timbul daripada perkahwinan itu perlu diselesaikan di mahkamah sivil. Hal itu prinsip yang jelas. Tidak ada pertikaian tentang perkara itu," katanya dan menambah beliau dikritik seolah-olah tidak melindungi Islam.
Tengku Maimun akan bersara pada Julai tahun ini apabila mencapai usia 66 tahun, umur persaraan wajib bagi hakim, kecuali tempoh perkhidmatannya dilanjutkan enam bulan lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Hakim Negara
#penanda aras
#Keadilan
#menilai negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan