awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Tertinggi Iran kecam AS dan Israel dalam perutusan Hari Republik Islam

Astro AWANI
Astro AWANI
01/04/2026
22:31 MYT
Pemimpin Tertinggi Iran kecam AS dan Israel dalam perutusan Hari Republik Islam
Mojtaba Khamenei menuduh AS dan Israel tidak mempunyai “sebarang penghormatan terhadap batas kemanusiaan, moral atau nilai kehidupan”. - Foto X/@Rahbarenghelab_
Pemimpin Tertinggi Iran mengecam apa yang disifatkannya sebagai “musuh kejam Amerika dan Zionis” dalam satu perutusan bersempena sambutan Hari Republik Islam pada Selasa, ketika konflik yang melibatkan negaranya memasuki minggu kelima.
Dalam surat berkenaan, Mojtaba Khamenei menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Israel tidak mempunyai “sebarang penghormatan terhadap batas kemanusiaan, moral atau nilai kehidupan”.
Kenyataan keras itu disampaikan di tengah-tengah ketegangan berterusan susulan serangan bersama yang didakwa dilakukan oleh kedua-dua negara tersebut.
Beliau turut mengecam serangan ke atas Sekolah Shajareh Tayyebeh, yang menurut Tehran telah mengorbankan lebih 175 nyawa termasuk kanak-kanak dan guru pada hari pertama serangan gabungan Amerika Syarikat–Israel ke atas Iran.
Dalam nada berbeza, Khamenei juga merujuk kepada sambutan Hari Alam Semula Jadi yang diraikan serentak, dengan menyatakan rakyat Iran “menanam benih harapan di seluruh tanah air mereka” agar setiap anak pokok itu akan membesar menjadi “pohon yang mulia dan berbuah” pada masa akan datang.
Hari Republik Islam merupakan cuti umum kebangsaan di Iran yang menandakan penubuhan negara itu sebagai sebuah republik Islam.
Ia memperingati pengumuman keputusan referendum nasional pada Mac 1979, tidak lama selepas Revolusi Iran yang menjatuhkan pemerintahan Shah.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Mojtaba Khamenei
#Hari Republik Islam
#perutusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan