awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
28/10/2024
12:30 MYT
Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, keterbukaan Perdana Menteri menerima permohonan maaf itu menunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang baik. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Permohonan maaf yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus diterima oleh sesiapa sahaja.
Justeru Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima permohonan maaf itu menunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang baik.
Jelasnya, semua pihak tidak wajar terus bersangka buruk dan melemparkan pelbagai tafsiran tidak sepatutnya berhubung isu tersebut.
"Seorang pemimpin yang baik harus terima permohonan maaf daripada sesiapa sahaja.
"UMNO berpendirian kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, kita merasakan bahawa Datuk Seri Najib telah dikelirukan oleh seseorang atau sekumpulan orang dan perkara ini harus diambil keperhatinan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI, pada Isnin.
Minggu lalu, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah laku berkaitan 1MDB, menerusi kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar.
Najib bagaimanapun kekal menyatakan dirinya tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.
Anwar dalam reaksi balasnya berkata beliau menerima baik permohonan maaf tersebut.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Najib Razak
#Anwar Ibrahim
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan