awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Tanjung Asam

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/08/2022
13:27 MYT
Pemuda dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Tanjung Asam
Mangsa berusia 20 tahun itu dilaporkan hilang dibawa arus kira-kira jam 2.30 petang tadi. - Foto ihsan pembaca
BAYAN LEPAS: Seorang pemuda dikhuatiri lemas ketika sedang bermandi di pantai Tanjung Asam, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada petang Sabtu.
Mangsa berusia 20 tahun itu dilaporkan hilang dibawa arus kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.33 petang.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
"Sebaik anggota tiba di tempat kejadian kita dapati seorang mangsa (lelaki) dipercayai telah lemas semasa melakukan aktiviti bermandi-manda.
"Anggota Penyelamat membuat pencarian di kawasan dikhuatiri mangsa lemas dan operasi tersebut turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela dan nelayan," katanya.
Berikutan keadaan cuaca gelap dan malam, operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa dihentikan sementara dan akan di sambung esok pagi.
Kejadian berlaku ketika hujan renyai melibatkan beberapa kawasan di Gertak Sanggul, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.
Topic Berkaitan
#lemas
#mandi
#pantai Tajung Asam
#Gertak Sanggul
#teluk kumbar
#JBPM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan