awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney

Bernama
Bernama
31/07/2024
04:23 MYT
Pemuda dituduh sebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney
Muhammad Daniel Akmal dituduh menyebabkan kematian rakan pelatih Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, di Sekolah Henry Gurney pada 28 Januari 2020. - Gambar fail
MELAKA: Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan pelatih Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, empat tahun lepas.
Muhammad Daniel Akmal, 21, dituduh menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, di Blok Hang Tuah sekolah berkenaan antara 4.50 petang hingga 5.50 petang pada 28 Januari 2020.
Dia dituduh di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga maksimum 30 tahun dan denda bagi kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Rashidah Baharom tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh mengorbankan nyawa dan peguam Muhammad Daniel, Shareveen Krishnan tidak membantah.
Hakim Azaraorni Abd Rahman menetapkan 2 Sept depan untuk serahan dokumen. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#Sekolah Henry Gurney
#penjara 30 tahun
#Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan