awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Bahagian Penguasa Angkasa sah terima maklumat objek di ruang udara Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda MIC terima permohonan maaf Ustaz Shahul Hamid

Bernama
Bernama
04/08/2014
12:38 MYT
Pemuda MIC terima permohonan maaf Ustaz Shahul Hamid
Pemuda MIC menyatakan kesediaan menerima permohonan maaf penceramah bebas Shahul Hamid Seeni berhubung kenyataannya dalam ceramahnya menyinggung perasaan kaum India. - Gambar laman Facebook Shahul Hamid Seeni
Pemuda MIC hari ini menyatakan kesediaan menerima permohonan maaf penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd berhubung kenyataan dalam ceramahnya yang menyinggung perasaan kaum India baru-baru ini.
Ketuanya C. Sivarraajh berkata bagaimanapun pihaknya tetap mahu proses undang-undang terhadap Sahul Hamid diteruskan mengikut budi bicara polis bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
"Kami sedia bekerjasama dan berkongsi fikiran dengan polis dalam usaha menangani insiden seumpama itu daripada berulang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.
Sivarraajh meminta masyarakat supaya tidak sesuka hati mengkritik berkenaan isu sensitif dan kepercayaan agama masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Shahul Hamid ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada 31 Julai lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Penceramah bebas itu kemudian memohon maaf secara terbuka kepada kaum India pada hari yang sama dan berharap semua laporan polis terhadapnya ditarik balik.
Topic Berkaitan
#C.Sivarrajh
#kepercayaan agama
#kritik
#Pemuda MIC
#Shahul Hamid Seeni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan