awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu disegerakan
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangan 'agak-agak' bila masak, kini masuk kamus Oxford

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/03/2026
02:21 MYT
Penangan 'agak-agak' bila masak, kini masuk kamus Oxford
Perkataan baharu yang dimasukkan ialah “agak-agak” yang digunakan sebagai kata nama dan kata kerja untuk menggambarkan anggaran atau tekaan, khususnya dalam konteks masakan.
Oxford English Dictionary (OED) telah menambah beberapa perkataan dan ungkapan yang lazim digunakan dalam Bahasa Inggeris di Malaysia dan Singapura ke dalam kemas kini terbaharunya, sekali gus mengiktiraf pengaruh linguistik dan penggunaan seharian di rantau ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Oxford Languages memaklumkan, 14 perkataan baharu dari Malaysia dan Singapura telah dimasukkan dalam kemas kini OED edisi Mac 2026, selain beberapa entri sedia ada yang turut disemak semula.
Antara perkataan baharu yang dimasukkan ialah “agak-agak”, digunakan sebagai kata nama dan kata kerja untuk menggambarkan anggaran atau tekaan, khususnya dalam konteks masakan; “boleh”, yang membawa maksud berkeupayaan melakukan sesuatu atau digunakan sebagai kata seru untuk menyatakan persetujuan; serta “play play,” ungkapan kolokial yang bermaksud tidak bersungguh-sungguh atau bermain-main.
Istilah berkaitan makanan seperti “assam laksa,” mi berkuah masam dan pedas yang berasal dari Pulau Pinang, serta “ice kacang,” pencuci mulut ais kisar popular, turut dimasukkan dalam kemas kini tersebut.
Kemas kini itu juga mengiktiraf kata pinjaman daripada bahasa Hokkien, termasuk “jialat,” yang merujuk kepada situasi yang teruk atau berada dalam kesusahan, dan “kaypoh,” yang merujuk kepada individu yang suka mencampuri urusan orang lain.
Penggunaan khusus di Singapura turut diketengahkan menerusi kemasukan “BTO,” singkatan kepada skim perumahan awam Build-to-Order, yang kini juga digunakan sebagai kata kerja bermaksud memohon rumah di bawah skim berkenaan.
Satu lagi entri penting ialah “wayang,” yang pada asalnya merujuk kepada persembahan teater tradisional, namun kini turut membawa makna kiasan sebagai kepura-puraan atau perlakuan yang bersifat menunjuk-nunjuk dalam penggunaan kontemporari.
Menurut Oxford Languages, kemas kini itu mencerminkan pengiktirafan global yang semakin meluas terhadap Bahasa Inggeris Malaysia dan Singapura sebagai variasi bahasa Inggeris yang mantap, dibentuk oleh pengaruh pelbagai budaya serta penggunaan seharian yang berterusan.
Selain penambahan perkataan baharu, beberapa istilah serantau termasuk “lah,” “sarong,” “towkay,” dan “Yang di-Pertuan Agong” turut menerima semakan definisi bagi mencerminkan bukti penggunaan yang lebih terkini.
Oxford English Dictionary diiktiraf sebagai rujukan berautoriti bagi bahasa Inggeris, yang mendokumentasikan makna, sejarah dan perkembangan perkataan berdasarkan bukti meluas daripada pelbagai sumber.
Oxford Languages memaklumkan bahawa sesuatu perkataan hanya akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam OED selepas menunjukkan penggunaan yang konsisten dalam tempoh masa yang munasabah, disokong oleh contoh bebas daripada pelbagai konteks.
Topic Berkaitan
#Oxford English Dictionary
#pengaruh linguistik
#Oxford Languages
#Bahasa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan