awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangguhan projek monorel Putrajaya punca sistem pengangkutan bersepadu belum tercapai

Bernama
Bernama
16/02/2023
06:27 MYT
Penangguhan projek monorel Putrajaya punca sistem pengangkutan bersepadu belum tercapai
Penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel di Putrajaya juga memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Penangguhan projek monorel Putrajaya menyebabkan sistem pengangkutan bersepadu di bandar itu belum tercapai dan merupakan pembaziran sekiranya infrastruktur dibangunkan tidak dimanfaatkan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2.
Menurut LKAN, penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel yang merupakan tulang belakang sistem pengangkutan awam di Putrajaya juga memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan.
"Sebaliknya, kerajaan terpaksa menyediakan TLK (Tempat Letak Kereta) bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan core dan perumahan," menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, pelaksanaan projek monorel tersebut meliputi dua laluan iaitu Laluan 1 sepanjang 13.2 kilometer (km) manakala Laluan 2 sepanjang 6 km selain stesen monorel yang dibina di Terminal Putrajaya Sentral Presint 7 tetapi masih belum siap sepenuhnya.
Laporan itu mendedahkan kerja pembinaan infrastruktur monorel tersebut ditangguhkan pada 2004, bagaimanapun pihak Audit tidak dapat mengesahkan justifikasi penangguhan projek kerana tiada dokumen sokongan diperoleh.
"Lawatan fizikal Audit pada 16 Ogos 2022 mengesahkan bahawa sebahagian infrastruktur seperti kerangka asas bagi terowong, tiang-tiang bagi landasan dan jambatan untuk monorel telah dibina," menurutnya.
Laporan itu menyatakan infrastruktur bagi empat daripada enam mod pengangkutan telah siap dibangunkan, namun hanya tiga mod pengangkutan digunakan sepenuhnya.
Empat mod pengangkutan yang siap dibangunkan adalah Express Rail Link (ERL), bas, pengangkutan air dan rangkaian pejalan kaki dan basikal manakala tiga mod digunakan sepenuhnya adalah ERL, bas dan rangkaian pejalan kaki dan basikal.
"Pembangunan infrastruktur bagi mod pengangkutan LRT (Transit Aliran Ringan)/monorel belum siap sepenuhnya manakala infrastruktur bagi mod pengangkutan tram belum dibangunkan," menurutnya.
Justeru, Audit mengesyorkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) (yang kini distruktur semula sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) mengkaji semula pelan pembangunan agar dapat diselaraskan dengan perubahan konsep pembangunan Putrajaya supaya kemudahan infrastruktur bersesuaian dapat disediakan dan berfungsi mengikut perancangan.
Laporan itu turut mengesyorkan KWP, Kementerian Pengangkutan dan PPj menetapkan hala tuju penggunaan infrastruktur yang dibangunkan bagi memberi manfaat kepada rakyat dan mengelakkan pembaziran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#monorel
#Putrajaya
#penangguhan pembangunan
#pengangkutan
#LKAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan