awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencalonan Anugerah Raja Faisal 2027 ditutup pada 31 Mac

Astro AWANI
Astro AWANI
20/03/2026
03:55 MYT
Pencalonan Anugerah Raja Faisal 2027 ditutup pada 31 Mac
Pencalonan bagi anugerah 2027 itu dibuka kepada universiti, institusi dan pusat penyelidikan dalam lima kategori anugerah iaitu Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.
Anugerah Raja Faisal yang berprestij menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh akhir pencalonan bagi edisi ke-49, menandakan permulaan proses penilaian oleh jawatankuasa pemilihan dan penghakiman antarabangsa.
Pencalonan bagi anugerah 2027 itu dibuka kepada universiti, institusi dan pusat penyelidikan dalam lima kategori anugerah iaitu Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.
Setiausaha Agungnya, Dr Abdulaziz Alsebail berkata, Anugerah Raja Faisal bagi Khidmat kepada Islam dianugerahkan kepada individu dan institusi yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam dari segi intelektual, saintifik dan sosial melalui inisiatif serta program berimpak.
Menurut kenyataan Sekretariat Agung, pencalonan boleh dikemukakan melalui e-mel di [email protected] atau menerusi portal rasmi di www.kingfaisalprize.org/nominations, yang turut menyediakan garis panduan penuh dan kriteria kelayakan.
Sejak ditubuhkan hampir lima dekad lalu, anugerah itu telah mengiktiraf 308 penerima dari 45 kewarganegaraan.
Setiap kategori anugerah merangkumi sijil yang memaparkan seni khat Arab yang merumuskan pencapaian penerima, pingat emas 24 karat seberat 200 gram, serta hadiah wang tunai sebanyak SAR750,000 (kira-kira AS$200,000).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anugerah Raja Faisal 2027
#pencalonan
#tarikh akhir
#penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan