awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencari kulat ditemui mati dalam perahu

Bernama
Bernama
04/06/2016
07:30 MYT
Pencari kulat ditemui mati dalam perahu
mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk dibedah siasat. - Gambar fail
Kehilangan seorang warga emas yang dikatakan keluar dari rumahnya untuk mencari kulat sejak tengah hari semalam terjawab apabila dia ditemui meninggal di dalam sebuah perahu di tepi Sungai Tembila pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu mangsa ialah Ismail Salleh, 72, dari Kampung Tembila dekat sini.
Beliau berkata mangsa dipercayai keluar dari rumahnya pada pukul 2 petang semalam untuk mencari kulat di satu kawasan belukar tidak jauh daripada rumahnya.
"Anggota keluarganya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja selepas mangsa didapati tidak pulang ke rumah sehingga pukul 8 malam.
"Mangsa akhirnya ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 9.10 pagi tadi di dalam sebuah perahu milik penduduk di tepi Sungai Tembila dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya berada di dalam air," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#Kehilangan seorang warga emas yang dikatakan keluar dari rumahnya untuk mencari kulat sejak tengah hari semalam terjawab apabila dia ditemui meninggal di dalam sebuah perahu di tepi Sungai Tembila pagi tadi
#Mohd Zamri Mohd Rowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan