awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran bau di Johor: 'Saya belum terima laporan terkini' - Nik Nazmi

Khalis Khadir
Khalis Khadir
10/09/2024
06:45 MYT
Pencemaran bau di Johor: 'Saya belum terima laporan terkini' - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pada masa ini pihaknya tidak dapat mengulas lanjut kerana masih belum mendapat laporan lengkap daripada JAS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebabkan pencemaran bau di Johor jika benar wujud penjenayah alam sekitar dalam kes itu.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pada masa ini pihaknya tidak dapat mengulas lanjut kerana belum mendapat laporan lengkap.
“Saya kena semak yang terkini sebab saya belum terima laporan terbaharu itu lagi. Nanti bila saya terima laporan, kita akan maklumkan kepada pihak media.
“Kita akan lihat laporan terbaru daripada Jabatan Alam Sekitar dan kemudian kita akan tengok untuk tindakan berikutnya termasuk jika perlu ambil tindakan perundangan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Serantau Mengenai Keadilan Iklim, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, tiga sekolah di Johor Bahru dilaporkan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) hari ini susulan pencemaran bau.
Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.
SK Maju Jaya mempunyai 974 murid dan 64 guru; Sekolah Rendah Islam Hidayah mempunyai 1,232 murid dan 92 guru manakala Sekolah Menengah Islam Hidayah mempunyai 807 pelajar dan 75 guru.
Setakat ini, penutupan sekolah dan pembelajaran secara PdPR berlangsung hari ini sahaja dan perkembangan seterusnya bergantung kepada situasi dan laporan semasa.
Pada Isnin, SK Kampung Maju Jaya ditutup jam 1 petang sebagai langkah keselamatan susulan 21 murid mengalami loya, sesak nafas dan pening kepala akibat terdedah kepada pencemaran bau.
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#pencemaran bau
#Tiga sekolah Johor tutup
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan