awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual terhadap kanak-kanak

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/04/2022
14:52 MYT
Penceramah bebas ditahan kes amang seksual terhadap kanak-kanak
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata suspek yang berusia 61 tahun itu ditahan di Balai Polis Ajil , Hulu Terengganu pada Isnin ketika hadir memberi keterangan.
Katanya kejadian dipercayai berlaku pada Mac lalu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.
"Ketika kejadian mangsa mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan bersama ayah dan neneknya.
"Berikutan itu mangsa dikatakan menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata suspek kini direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Topic Berkaitan
#penceramah bebas
#amang seksual
#Kanak-kanak
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan