awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penceroboh cedera terjun tingkat tiga bangunan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/07/2021
23:30 MYT
Penceroboh cedera terjun tingkat tiga bangunan
Suspek yang cedera selepas terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kediaman guru dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. - Foto Sinar Harian
LABUAN: Seorang lelaki cedera di kepala dan patah tulang tangan selepas bertindak nekad terjun dari tingkat tiga kediaman guru sebuah sekolah di sini bagi mengelak ditahan polis, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai bertindak menceroboh bangunan berkenaan namun disedari petugas sekolah terbabit.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4.50 petang hari yang sama daripada pengadu.
"Siasatan mendapati, pengadu bersama dua rakannya datang ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan dan ketika berada di tingkat tiga, terdapat sesuatu yang mencurigakan di sebalik pintu tandas yang tertutup.
"Pengadu kemudian bertindak menolak pintu itu dan suspek yang dipercayai bersembunyi terkejut lalu memanjat tingkap tandas dan keluar ke beranda sebelum melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ahmad berkata, akibat tindakan itu, suspek mengalami kecederaan di kepala, patah tulang di bahagian tangan kiri serta luka di pinggang kiri namun dilaporkan stabil.
"Pemeriksaan lanjut di lokasi turut menemui beg dan alat kuku kambing dipercayai milik suspek," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Penceroboh cedera terjun tingkat tiga bangunan
Topic Berkaitan
#terjun tingkat tiga
#penceroboh
#terjun
#cedera
#Labuan
#kediaman guru
#sekolah
#polis
#Ahmad Jawila
#suspek
#tandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan