awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Lambak

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
19/10/2021
12:02 MYT
Pendaki ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Lambak
Mangsa lelaki yang dikenali sebagai Teo Chee Kiong @ Tiu Chee Kiong, 52 tahun ditemui oleh orang awam yang melakukan aktiviti mendaki di kawasan itu. - Foto JBPM
KLUANG: Seorang pendaki yang mendaki bersendirian ditemui tidak sedarkan diri di puncak Gunung Lambak di sini, disahkan meninggal dunia, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Mohd Fauzi Md Nor berkata, mangsa lelaki yang dikenali sebagai Teo Chee Kiong @ Tiu Chee Kiong, 52 tahun ditemui oleh orang awam yang melakukan aktiviti mendaki di kawasan itu.
Katanya pihak bomba menerima panggilan berhubunh kejadian jam 12.25 tengahari.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dijumpai tidak sedarkan diri oleh orang awam yang sedang melakukan aktiviti mendaki di gunung tersebut.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan dipercayai mangsa mengalami serangan jantung.
"Mangsa hanya berseorangan dan dipercayai hendak turun ke bawah berdasarkan kepada laluan yang dilalui," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohd Fauzi, PKO bertindak menurunkan mangsa dari puncak gunung dengan menggunakan alat pengusung dengan bantuan pihak polis dan KKM.
"Mangsa seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pendaki gunung
#ditemukan meninggal dunia
#Gunung Lambak
#Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan