awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwa raya kes Syed Saddiq, Muhyiddin kembali ke AGC minggu depan

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2026
05:15 MYT
Pendakwa raya kes Syed Saddiq, Muhyiddin kembali ke AGC minggu depan
Wan Shaharuddin mengesahkan kembali bertugas di AGC minggu hadapan. - Gambar fail
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan beberapa kes rasuah berprofil tinggi, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dilantik menjawat jawatan lain di Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai Timbalan Ketua II, berkuat kuasa 2 Mac.
Arahan perpindahan itu dimaklumkan menerusi surat pekeliling yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada Selasa.
Selepas berkhidmat selama tujuh tahun dalam SPRM, Wan Shaharuddin yang merupakan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, bertugas di AGC dalam satu jawatan terapung, menunjukkan penempatan tersebut tidak terikat kepada satu tugas tetap dalam bahagian berkenaan.
Jawatan berkenaan kini disandang Datuk Yusaini Amer Abdul Karim.
Pada Isnin, Wan Shaharuddin hadir dalam prosiding pengurusan kes yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan projek Jana Wibawa.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM200 juta.
Selain itu, beberapa kes berprofil tinggi yang dikendalikan oleh Wan Shaharuddin ialah empat kes penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sebelum ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan apabila memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula rayuan berhubung keputusan yang membebaskan ahli politik dari Johor Bahru itu.
Selain itu, beliau turut mengendalikan kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Terbaharu, beliau turut mengetuai kes terhadap bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan atas empat pertuduhan menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.
Ketika dihubungi, Wan Shaharuddin mengesahkan kembali bertugas di AGC minggu hadapan.
Katanya, walaupun berpindah tempat kerja namun beliau tetap akan mengendalikan rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Sebelum ke SPRM, Wan Shaharuddin bertugas selama 24 tahun di AGC serta mengendalikan kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.
Selain itu, beliau turut mengendalikan kes pembunuhan Pengasas Ambank, Hussein Ahmad Najadi; kematian Kim Chol atau abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam; kes Timbalan Pendakwa Raya mendiang Datuk Anthony Kevin Morais serta mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berkaitan pencerobohan Lahad Datu, Sabah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wan Shaharuddin Wan Ladin
#SPRM
#kes berprofil tinggi
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan