awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendekatan Islam dalam pembangunan Asean

Hakim Rahman
Hakim Rahman
04/06/2013
05:27 MYT
Pendekatan Islam dalam pembangunan Asean
Masyarakat Islam digesa memainkan peranan aktif dalam pembangunan Asean.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia boleh dilakukan menerusi semangat perpaduan dan ikatan sesama mereka.
Selain soal perpaduan, komuniti Islam perlu mengelak daripada sebarang konflik dan keganasan yang mampu menyekat keupayaan berkembang maju.
“Bergerak ke hadapan kita perlu mengukuhkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap Islam dan menekankan kepada warisan bersama dan mengetepikan perbezaan,”
“Kita mesti memberi keutamaan untuk mencari ilmu pendidikan dan kemahiran dan ia perlu diletakkan sebagai yang paling utama” katanya.
Beliau berkata demikian sebelum merasmikan Simposium Antarabangsa Bertajuk Islam Dan Era Baharu Negara-Negara Asean di Institut Kefahaman Islam Malaysia, (IKIM).
Pendekatan lain ialah menghormati prinsip kepelbagaian dalam keagamaan, kebudayaan dan bahasa serta memperkukuhkan keadilan sosial berasaskan prinsip nilai murni sejagat.
Tambah Najib, Malaysia turut mendukung autonomi bukan kemerdekaan bagi wilayah-wilayah Islam sebagai langkah penyelesaian terus konflik demi memelihara kemakmuran rantau Asia Tenggara.
Simposium selama dua hari anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia itu antara lain bertujuan mengenalpasti dasar-dasar kerjasama umat Islam melalui kesatuan pandangan alamnya.
Turut hadir ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi IKIM.
Topic Berkaitan
#Abdullah Ahmad Badawi
#IKIM
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan