awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan holistik penting untuk bangunkan modal insan negara - Kamalanathan

Bernama
Bernama
14/01/2015
00:06 MYT
Pendidikan holistik penting untuk bangunkan modal insan negara - Kamalanathan
KAMALANATHAN: Jurang antara keperluan industri dan peluang-peluang akademik perlu ditangani bagi memastikan bekalan modal insan berkualiti konsisten dan bakat ke arah status negara maju pada 2020. - Foto Fail
Dalam usaha untuk mencapai kualiti hidup dan pembangunan ekonomi yang lebih tinggi, tidak dapat dinafikan pendidikan adalah penyumbang penting ke arah itu, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.
Beliau berkata untuk membangunkan modal insan negara, pendidikan holistik yang termasuk mendedahkan pelajar kepada kualiti kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, amalan komunikasi yang baik dan tanggungjawab sosial adalah asas bagi graduan yang relevan kepada industri dibangunkan.
"Pendidikan holistik menyokong peluang siswazah mendapat kerja. Pengambilan siswazah bekerja adalah satu daripada istilah paling biasa didengar dalam bidang pendidikan.
"Memastikan graduan rakyat Malaysia mendapat pekerjaan adalah perkara utama yang diusahakan oleh kerajaan selama beberapa tahun," kata beliau dalam ucaptama pada Majlis konvokesyen Advance Tertiary College (ATC) ke-25 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, pada Selasa.
Kamalanathan berkata bagi memastikan bekalan modal insan berkualiti yang konsisten dan bakat ke arah status negara maju menjelang 2020, jurang antara keperluan industri dan peluang-peluang akademik perlu ditangani.
Sejumlah 34 pelajar ATC yang memperoleh Ijazah Kelas 2 Atas (Kepujian) dalam program Undang-Undang, jumlah paling ramai untuk mana-mana institusi tunggal di seluruh dunia.
Pencapaian pelajar ATC juga mendapat pengiktirafan University of London.
Turut hadir ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Naib Presiden Badan Peguam Malaysia Steven Thiru.
Topic Berkaitan
#holistik
#Majlis Konvokesyen Advance Tertiary College
#modal insan
#pendidikan
#Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan