awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk bantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan kejiranan

Bernama
Bernama
07/12/2021
21:30 MYT
Penduduk bantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan kejiranan
Menara telekomunikasi setinggi kira-kira 50 meter itu didirikan di dalam kawasan taman rekreasi kawasan kejiranan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Penduduk di Gat Lebuh Macallum, Sungai Pinang di sini mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk segera mengalihkan menara telekomunikasi yang telah siap dibina sejak minggu lepas di kawasan kejiranan mereka.
Wakil penduduk, Goh Yun Fung, 67, mendakwa menara telekomunikasi setinggi kira-kira 50 meter itu didirikan di dalam kawasan taman rekreasi kawasan kejiranan itu yang dihuni lebih kurang 10,000 penduduk tanpa sebarang perbincangan dengan mereka.
"Kami langsung tidak dimaklumkan mengenai pembinaan menara tersebut oleh pihak berwajib dan penduduk kawasan yang sebilangan besar merupakan warga emas risau jika menara tersebut membawa risiko kesihatan kepada mereka," katanya kepada wartawan ketika mengadakan bantahan aman berkenaan pembinaan menara telekomunikasi di sini pada Selasa.
Turut hadir, Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata pihaknya akan mengumpulkan tandatangan penduduk bagi membantah pembinaan itu.
"Sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, kita akan membawa isu ini ke pengetahuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#menara telekomunikasi
#MCMC
#pulau pinang
#bantah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan