awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kampung bimbang air sungai bertukar merah

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2018
12:55 MYT
Penduduk kampung bimbang air sungai bertukar merah
Penduduk kampung berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera dan mencari punca kejadian itu berlaku. Astro AWANI
Penduduk di sekitar Taman Sri Pinang dan Kampung Alor Merah dekat sini terkejut apabila air sungai berdekatan kampung mereka tiba-tiba bertukar menjadi merah.
Kejadian itu menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk kerana ia belum pernah berlaku sebelum ini.
Menurut penduduk yang menyuarakan kebimbangan keadaan itu akan menjejaskan habitat ikan, air Sungai Puyu Kiri itu mula bertukar menjadi merah sejak petang Sabtu.
"Kenapa air bertukar jadi merah? Kalau air dari kampung, selalunya akan jadi hitam atau kelabu. Ini jadi merah, pelik sikitlah," kata seorang penduduk Hasbullah Hashim.
Mereka berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera dan mencari punca kejadian itu berlaku.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di kawasan sekitar mendapati ada pihak yang membuang sisa kilang berwarna merah ke dalam longkang.
Begitu juga, tong sampah yang berhampiran kilang dipercayai menjadi punca air sungai tersebut bertukar warna.
Topic Berkaitan
#Butterworth
#Merah
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan