awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Kampung Bukit Teriak cemas, kucing hutan disangka anak harimau

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
16/09/2019
05:40 MYT
Penduduk Kampung Bukit Teriak cemas, kucing hutan disangka anak harimau
kucing hutan atau nama saintifiknya, Prionailurus planiceps, dipercayai tersesat memasuki rumah penduduk tersebut. - Foto APM
Penduduk di Kampung Bukit Teriak, Alor Setar cemas dan terkejut apabila menyedari kehadiran seekor kucing hutan yang disangka anak harimau, memasuki rumah salah seorang penduduk kampung terbabit, malam tadi.
Dalam kejadian kira kira jam 10 malam itu, kucing hutan atau nama saintifiknya, prionailurus planiceps, dipercayai tersesat memasuki rumah penduduk tersebut.
Sehubungan itu, penduduk terus menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar bagi memaklumkaan penemuan itu.
Menurut Pegawai Operasi APM Daerah Kota Setar, Leftenan Pertahanan Awam Mohamad Rizal Abd Razak, anggotanya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan terbabit sekitar jam 10.30 malam.
Kucing hutan atau nama saintifiknya, prionailurus planiceps, dipercayai tersesat memasuki rumah penduduk tersebut. - Foto APM
Kucing hutan atau nama saintifiknya, prionailurus planiceps, dipercayai tersesat memasuki rumah penduduk tersebut. - Foto APM
Empat anggota kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu penduduk menangkap kucing hutan berkenaan..
Jelas Rizal, berdasarkan maklumat yang diterima dari penduduk kampung, kucing hutan itu telah memasuki perangkap dan berada di dalamnya.
Tambah Rizal, anggotanya mengambil masa kira kira 45 minit untuk menangkap kucing hutan itu memandangkan haiwan terbabit bertindak agresif.
Kucing hutan itu kemudiannya dibawa ke pejabat APM Kota Setar bagi perlindungan sementara.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#disangka harimau
#harimau
#Kampung Bukit Teriak
#ngkatan Pertahanan Awam
#seekor kucing hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan