awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Song, Kapit perlu kekal tenang, patuhi arahan PKP - Alexander

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2021
07:40 MYT
Penduduk Song, Kapit perlu kekal tenang, patuhi arahan PKP - Alexander
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau memandang serius penularan jangkitan COVID-19 selain menyedari kegusaran dihadapi penduduk di dua kawasan itu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR:Penduduk Kapit dan Song yang diingatkan kekal tenang dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa susulan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau memandang serius penularan jangkitan COVID-19 selain menyedari kegusaran dihadapi penduduk di dua kawasan itu.
Tegas Alexander, Pejabat wakil rakyat Parlimen Kapit dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak itu dapat dikekang sepenuhnya.
"Wakil saya di Kapit juga akan cuba menyalurkan bantuan yang boleh disampaikan kepada penduduk yang terjejas dan akan sentiasa memaklumkan dan mengemas kini maklumat kepada penduduk," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Alexander yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memohon semua penduduk bekerjasama dan mengelak pembelian panik.
Jelas beliau, penguat kuasa KPDNHEP Sarawak telah diarahkan untuk sentiasa memantau keberadaan bekalan barangan keeprluan penduduk di kawasan itu sepanjang PKP.
"Selain itu, anggota Penguat Kuasa KPDNHEP juga akan melakukan pemantauan bagi mengelakkan sebarang aktiviti pencatutan oleh peniaga di waktu sukar ini," katanya.
Dalam pada itu, Alexander juga menasihatkan masyarakat supaya meningkatkan kesedaran mengenai amalan pencegahan jangkitan virus itu demi kebaikan semua pihak.
Topic Berkaitan
#Kapit
#Song
#kekal tenang
#Alexander Nanta Linggi
#Pelaksanaan PKP
#perintah kawalan pergerakan
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan