awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Pesara kerajaan, bekas pengerusi kuil didakwa kemuka tuntutan palsu RM50,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengagihan BR1M bermula Isnin

Bernama
Bernama
24/02/2018
20:40 MYT
Pengagihan BR1M bermula Isnin
BR1M pada tahun ini melibatkan peruntukan RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima.
Pengagihan fasa pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini bermula Isnin ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Beliau berkata pengagihan BR1M pada tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan pengagihan fasa pertama BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan pada Ahad.
"Penerima BR1M boleh menyemak akaun bank mereka pada Isnin. Mereka layak menerima RM1,200, kita akan mengagihkan RM400 terlebih dahulu dan bakinya dimasukkan pada fasa kedua dan ketiga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Keusahawanan Bumiputera (BAHTERA) 2018 edisi Timur di sini, Sabtu.
Sementara itu, Mohd Irwan Serigar berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan bakal bankrap sebagai tidak berasas kerana perkembangan ekonomi negara kekal kompetatif.
"Ekonomi negara berkembang pada kadar 5.9 peratus pada tahun lalu dan semua sektor antaranya perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan berkembang antara 6 hingga 6.7 peratus.
"Defisit fiskal juga menunjukkan penurunan sehingga 3.0 peratus dan ini bukti pengurusan ekonomi yang cukup baik oleh kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bankrap
#Bantuan Rakyat 1Malaysia
#BR1M
#defisit
#ekonomi
#fiskal
#Mohd Irwan Serigar
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan