awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

Bernama
Bernama
13/08/2025
05:40 MYT
Penganggur didakwa bunuh bapa kandung
Narosman Othman (tengah) didakwa membunuh bapa kandungnya di Kampung Kuala Gris pada 6 Ogos dan berdepan hukuman mati atau penjara panjang jika sabit kesalahan. -Foto Bernama
KUALA KRAI: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di sebuah rumah di sini pada 6 Ogos lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang penganggur, Narosman Othman, didakwa membunuh bapa kandungnya di Kampung Kuala Gris pada 6 Ogos dan berdepan hukuman mati atau penjara panjang jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan menetapkan 10 September untuk sebutan kes.
  • Mangsa, Othman Jusoh, ditemukan mati dengan kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Narosman Othman, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa membunuh Othman Jusoh, 74, di sebuah rumah di Kampung Kuala Gris, di sini antara 6 hingga 6.30 pagi, 6 Ogos lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 Sept ini untuk sebutan kes dan turut memerintahkan tertuduh dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak untuk pemeriksaan mental.
Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Hafiz Iman Asri manakala Narosman tidak diwakili peguam.
Pada 6 Ogos lepas, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat dilaporkan berkata seorang lelaki warga emas ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang dapur rumahnya di sini dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul di bahagian kepala menyebabkan kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penganggur
#Narosman Othman
#bunuh bapa kandung
#Kampung Kuala Gris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan