awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh jiran

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2020
04:32 MYT
Penganggur didakwa bunuh jiran
Mahkamah memerintahkan supaya Mohamad Nawi dihantar ke Hospital Permai, Johor bagi mendapat rawatan penilaian tahap kesihatan mental. - Astro AWANI
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas dakwaan membunuh jirannya di Kampung Peramu, di sini, minggu lepas.
Mohamad Nawi Che Heng, 40 tahun, hanya sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mohamad Nawi didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Sulung Merah, 67 tahun, di Kampung Peramu, kira-kira jam 12.30 tengah hari, pada 1 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Dia diperintah supaya dihantar ke Hospital Permai, Johor, bagi mendapatkan rawatan penilaian tahap kesihatan mental.
Mahkamah menetapkan 8 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#bunuh
#jiran
#Kanun Keseksaan
#kesihatan mental
#Kuantan
#Mahkamah Majistret
#penganggur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan