awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh teman wanita

Bernama
Bernama
11/11/2021
11:37 MYT
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Mohd Khairul Nizam mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh. - Gambar/ Sinar Harian
TAIPING: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanita sendiri yang mayatnya ditemukan dalam keadaan reput di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang di sini bulan lepas.
Mohd Khairul Nizam Ibrahim, 34, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mohd Khairul Nizam didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Norfahizatul Syahira Sopa, 32, di sebuah bilik di tepi Sekolah Kebangsaan Simpang, Jalan Taman Mawar, Simpang pada kira-kira 2 petang 4 Okt lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 20 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh teman wanita
#mayat reput
#Sungai Jebong
#Kuala Sepetang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan