awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
Sekumpulan individu bertopeng ceroboh pusat hiburan di Cheras
Komander pertahanan udara Iran terkorban dalam serangan AS-Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur ditahan kerana edar pil kuda

Sinar Harian
Sinar Harian
16/12/2023
04:40 MYT
Penganggur ditahan kerana edar pil kuda
Dadah-dadah yang dirampas daripada suspek. - Foto PDRM
PASIR PUTEH: Seorang penganggur ditahan kerana dipercayai mengedar 60 gram (g) pil kuda di kawasan kawasan hutan Kampung Gajah Mati di sini, pada Jumaat.
Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cherang Ruku pada jam 6.30 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Ediansha Endal berkata, polis sebelum itu melihat suspek berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan kawasan hutan tersebut dan menahannya untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan pada tubuh badan suspek menemui tiga peket plastik berisi pil-pil disyaki dadah jenis pil kuda seberat 60g.
“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM6,000,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, pada Sabtu.
Menurut beliau, soal siasat terhadap suspek dijalankan dan urin dilakukan terhadapnya.
“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
“Reman terhadap suspek dimohon selama tujuh hari mulai hari ini (Sabtu) untuk siasatan lanjut,” katanya.
Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#pil kuda
#pengganggur
#Ediansha Endal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan