awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur warga asing pecah rumah ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/06/2022
23:45 MYT
Penganggur warga asing pecah rumah ditahan
Antara barangan yang dirampas polis dan peralatan yang disyaki digunakan oleh suspek dalam kegiatan jenayah pecah rumah. -Foto Sinar Harian
AMPANG: Seorang penganggur warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Cheras Indah pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 5 petang di Taman Lembah Maju.
"Penahanan suspek itu merupakan susulan laporan daripada seorang lelaki yang bekerja sebagai juruelektrik mendakwa seorang lelaki memecah masuk rumahnya melalui tingkap bilik pada 24 Mei lalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamad Farouk berkata, pihaknya merampas 12 utas jam pelbagai jenama, tiga buah kamera serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.
"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kes dadah," katanya.
Mohamad Farouk berkata, pihaknya masih mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas.
"Penangkapan suspek itu, kita percaya telah berjaya menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Ampang.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#kes pecah rumah
#Taman Cheras Indah
#Taman Lembah Maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan