awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah PTG Perak dilantik Datuk Bandar Ipoh

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2020
05:16 MYT
Pengarah PTG Perak dilantik Datuk Bandar Ipoh
Ahmad Faizal menyerahkan surat pelantikan kepada Rumaizi yang dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh baharu berkuatkuasa 1 April. Foto Pejabat MB Perak
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, Datuk Rumaizi Baharin dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu, berkuatkuasa 1 April.
Beliau menggantikan Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim yang memangku jawatan itu selepas dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada Disember 2019.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika mengumumkan pelantikan itu berkata, Rumaizi mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau juga merupakan Pengarah PTG termuda ketika dilantik ke jawatan itu pada 2017, iaitu pada usia 42 tahun.
“Pentadbiran kerajaan negeri Perak yakin, dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki beliau, akan membantu melonjakkan lagi kualiti perkhidmatan dan pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh,” kata Ahmad Faizal dalam satu kenyataan hari ini.
Rumaizi, 45 tahun, dilantik sebagai Pengarah PTG Perak pada 27 Mac 2017, selepas menjawat jawatan Timbalan Pengarah sejak Januari 2016.
Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Utara Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Pengurusan Tanah di Universiti Teknologi Malaysia.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Ahmad Suaidi Abdul Rahim
#Datuk Bandar
#Ipoh
#Menteri Besar
#Perak
#PTG Perak
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan