awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah syarikat perunding didakwa ludah, ugut wanita

Bernama
Bernama
19/11/2014
08:00 MYT
Pengarah syarikat perunding didakwa ludah, ugut wanita
Khoo Kok Ann, 58, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibaca terhadapnya. - Foto Bernama
Seorang pengarah syarikat perunding hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi wanita dua hari lepas.
Khoo Kok Ann, 58, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.
Mengikut pertuduhan pertama, Khoo didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45, yang melibatkan anggaran kerugian RM40 di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) susur keluar Putrajaya (atas jejambat) pada 8 pagi, 17 Nov lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan ugutan terhadap wanita sama dengan menghalang laluan perjalanan mangsa pada masa dan tempat yang sama.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan kerana kes itu mendapat perhatian umum.
Namun, peguam T. Geetha, yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM1,000 bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 15 Dis ini untuk sebutan kes.
Khoo membayar wang jaminan itu.
Topic Berkaitan
#buli
#jenayah
#ludah
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan