awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasuh wanita dera dua bayi di taska, ditahan polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/11/2018
10:26 MYT
Pengasuh wanita dera dua bayi di taska, ditahan polis
Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, dua bayi lelaki masing masing berusia 5 dan 7 bulan mengalami kecederaan dipercayai akibat didera. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang wanita bagi membantu kes dera dua bayi lelaki di Kajang pada 22 November lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, wanita berkenaan ditahan di Kapar, Klang, pada 5.45 petang tadi.
“Seorang wanita berusia 31 tahun, daripada Bandar Baru Bangi yang bekerja sebagai pengasuh taska telah di tahan di Kapar Kelang pada jam 5.45 petang tadi.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bersabit kes penderaan 2 orang bayi di sebuah taska di Desa Saujana Kajang yg dilaporkan pada 23 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, laporan polis telah dibuat oleh ibu bapa kedua bayi berkenaan pada malam kejadian.
BACA: Bayi didera pengasuh, saksi diminta tampil bantu siasatan
Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, dua bayi lelaki masing masing berusia 5 dan 7 bulan mengalami kecederaan dipercayai akibat didera.
Ia selepas ibu bapa mangsa bayi pertama menyedari anak mereka mengalami muntah setelah diambil dari taska berkenaan.
Hasil pemeriksaan di Hospital Putrajaya mendapati terdapat kesan lebam serta cakar di bahagian badan dan leher mangsa.
Manakala seorang lagi mangsa didapati mengalami kesan lebam di leher.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#bayi
#CCTV
#dera
#Fadzil Ahmat
#Kajang
#kapar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan