awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan disiasat tidak sengaja lepaskan tembakan di institusi kewangan

Bernama
Bernama
26/12/2023
23:15 MYT
Pengawal keselamatan disiasat tidak sengaja lepaskan tembakan di institusi kewangan
Siasatan mendapati pengawal keselamatan itu telah melepaskan satu das tembakan ke arah lantai menyebabkan cermin pintu masuk pecah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pengawal keselamatan yang secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan ke arah lantai di sebuah institusi kewangan di Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Selasamenyebabkan cermin di bahagian pintu masuk di situ pecah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Beliau berkata, polis menerima pemakluman kes itu pada 10.13 pagi tadi daripada orang awam yang mendengar bunyi tembakan di institusi kewangan itu sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditugaskan ke lokasi.
"Hasil siasatan mendapati pengawal keselamatan berumur 50-an itu menggunakan senjata jenis pump gun telah melepaskan satu das tembakan ke arah lantai sehingga menyebabkan cermin di bahagian pintu masuk telah pecah.
"Tiada sebarang cubaan samun dan pengawal keselamatan itu juga negatif dadah. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960," katanya dalam kenyataan malam tadi.
M. Hussin Sollehuddin meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222.
"Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#satu das tembakan
#senjata pump gun
#institusi kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan