awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan maut dihempap pokok pinang

Bernama
Bernama
14/10/2020
00:40 MYT
Pengawal keselamatan maut dihempap pokok pinang
Petugas kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala. - Gambar hiasan
TAIPING:Seorang pengawal keselamatan sekolah maut akibat dihempap sebatang pokok pinang yang patah dalam kejadian ribut di Kampung Relang, Batu Kurau, semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata ketika kejadian, mangsa Hamize Abu Bakar, 58, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya ekoran keadaan cuaca mendung dan angin kencang pada pukul 1.50 tengah hari.
Katanya, polis yang menerima laporan kejadian itu melalui MERS 99 telah pergi ke lokasi dan mendapati mangsa terbaring berhampiran motosikalnya.
"Petugas kesihatan yang tiba membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala kerana dihempap sebatang pokok pinang," katanya kepada Bernama.
Mayat dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#sekolah
#maut
#pokok pinang
#patah
#ribut
#Taiping
#Batu Kurau
#Osman Mamat
#motosikal
#penunggang motosikal maut
#polis
#MERS 99
#cedera
#kepala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan