awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengedar dadah diberkas, polis rampas 10.2 kg syabu

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2022
03:37 MYT
Pengedar dadah diberkas, polis rampas 10.2 kg syabu
Syabu yang dirampas dalam Ops Irma di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur disyaki mengedar dadah syabu diberkas dalam Ops Irma di Jalan Kuchai Lama di sini pada Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 8.55 malam.
"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai satu beg plastik yang berisi 10 bungkusan warna hijau mengandungi dadah syabu seberat 10.2 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM360,000.
"Kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan wang tunai berjumlah RM300," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Shokri berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu berperanan sebagai penghantar dadah kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur.
"Lelaki itu tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau dan hasil ujian saringan awal yang dilakukan ke atasnya didapati negatif," katanya.
Beliau berkata, suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kita meminta kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat aktiviti atau kegiatan penyalahgunaan dadah melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-2087222," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syabu
#Ops Irma
#Jalan Kuchai Lama
#Mohd Shokri Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan