awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar Malaysia digesa rebut peluang pasar produk halal di Jepun - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
21/02/2024
12:30 MYT
Pengeluar Malaysia digesa rebut peluang pasar produk halal di Jepun - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Osaka (OCCI) di Ibu Pejabat OCCI hari ini. - Foto BERNAMA
OSAKA: Pengeluar produk halal di Malaysia, digesa merebut peluang bekerjasama dengan syarikat di Jepun bagi memasarkan produk mereka, berikutan permintaan yang tinggi terhadap bahan makanan itu di negara berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa ini, kesedaran terhadap produk halal semakin meningkat, apabila terdapat kira-kira 120,000 umat Islam di negara "Matahari Terbit' itu.
"Pada masa ini, Islam berkembang dengan pesat di Jepun. Saya dimaklumkan daripada statistik terbaharu, kira-kira 10,000 rakyat Jepun memeluk Islam setiap tahun...dan sudah tentu (misalnya) Dewan Perniagaan dan Perindustrian Osaka (OCCI), melihat potensi untuk mengimport bahan-bahan halal ini," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri sesi libat urus bersama OCCI dan Sesi Meja Bulat: 'Menghubungkan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti'.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata sektor berkenaan, juga dilihat berpotensi besar kerana Jepun sedang giat mempromosi industri pelancongan dalam kalangan komuniti Islam.
"...dan tentunya produk halal penting untuk sektor pelancongan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, untuk melihat kerjasama yang boleh dilaksanakan di Jepun berhubung pengeluaran sijil halal.
Ini berikutan, beliau yang dalam rangka lawatan tujuh hari ke Jepun, berkata pada masa ini terdapat enam organisasi yang mengeluarkan sijil halal di negara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#produk halal
#pengeluar produk
#Jepun
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan