awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar selipar 'mesra Muslim' mohon maaf

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
08/04/2021
04:37 MYT
Pengeluar selipar 'mesra Muslim' mohon maaf
Selipar Slip On hasil kerjasama Fipper dan aplikasi The Noor yang didakwa 'Mesra Muslim'dilancarkan pada 5 April lalu - Gambar Instagram/@thenoor.co
KUALA LUMPUR: Jenama selipar, Fipper, yang menjalinkan kolaborasi bersama aplikasi The Noor tampil memberi penjelasan berhubung isu penggunaan perkataan 'Muslim friendly' atau 'mesra Muslim.
Menurut Fipper, produk ''Slip On" hasil kolaborasi dua organisasi itu sesuai untuk kegunaan Muslimah yang memakai stokin.
Ini kerana dakwa Fipper, produk terdahulu kurang bersesuaian dengan imej Muslimah yang berstokin.
Jesteru, pihak Fipper memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.
View this post on Instagram
A post shared by Fipper Slipper-Feel The Rubber (@fipperhq)
Pada 5 April yang lalu, selebriti dan usahawan popular, Neelofa telah melancarkan selipar yang 'dikategorikan'sebagai ‘Mesra Muslim’ bersama jenama selipar tempatan, Fipper dan aplikasi yang diperkenalkannya The Noor.
Selipar berkenaan dijual pada harga RM79.90 sepasang.
View this post on Instagram
A post shared by TheNoor™ (@thenoor.co)
Pengenalan konsep selipar sedemikian telah mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan netizen.
Ekoran itu, Neelofa yang baru saja melangsungkan pernikahan dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu menjadi sasaran kritikan netizen.
Topic Berkaitan
#The Noor
#Fipper
#mesra muslim
#Muslim Friendly
#selipar
#agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan