awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara dari Bangladesh, Pakistan, India tertinggi ditolak masuk Malaysia - Saifuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/07/2023
07:55 MYT
Pengembara dari Bangladesh, Pakistan, India tertinggi ditolak masuk Malaysia - Saifuddin
Saifuddin berkata setakat Januari hingga Jun lalu, lebih 3.98 juta pengembara direkodkan tiba melalui pintu masuk Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Foto/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pengembara dari Bangladesh, Pakistan dan India adalah paling tinggi dikenakan notis penolakan masuk ke Malaysia, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, setakat Januari hingga Jun lalu, lebih 3.98 juta pengembara direkodkan tiba melalui pintu masuk Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Ini pintu masuk KLIA sahaja, kita ada 150 pintu masuk di seluruh negara tetapi ini rujuk kepada data pintu masuk KLIA, di mana kita menerima rekod ketibaan pengembara seramai 3,984,823.
"Dalam tempoh yang sama, jumlah pengembara yang dikenakan notis penolakan masuk ialah 14,977 berbanding 3.9 juta iaitu lebih kurang 80 orang sehari secara purata atau sekirat 0.37 peratus.
"Tiga warganenegara yang mencatatkan status dikenakan notis penolakan masuk paling tinggi ialah Bangladesh, Pakistan, dan diikuti India. Ini adalah tiga senarai pengembara tertinggi," katanya dalam sidang Media Khas di sini.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata antara alasan utama penolakan masuk adalah tiada tiket pulang dan alamat tempat tinggal yang jelas, serta tidak memiliki wang tunai mencukupi, selain aspek keselamatan.
Beliau berkata, setakat pukul 2 petang tadi, semakan dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Ruslin Jusoh mendapati sekurang-kurangnya 48 orang telah ditahan pada hari ini.
Jelas beliau, kebanyakan pengembara NTL ditahan antara satu hingga tujuh hari, bergantung kepada berapa cepat proses penghantaran pulang mereka dibuat.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#kecoh di KLIA
#pengembara ditolak masuk
#senarai negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan