awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara pulang dari negara penularan virus VOC perlu jalani kuarantin 14 hari - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/04/2021
11:28 MYT
Pengembara pulang dari negara penularan virus VOC perlu jalani kuarantin 14 hari - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob memutuskan pengembara yang memasuki negara, perlu menjalani tempoh kuarantin terbabit susulan penemuan varian jenis baharu itu di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengembara yang pulang dari negara yang melaporkan penularan virus SAR-CoV-2 Variant of Concern (VOC) wajib melengkapkan kuarantin 14 hari, berbanding 10 hari yang ditetapkan sebelum ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa pengembara yang memasuki negara, perlu menjalani tempoh kuarantin terbabit susulan penemuan varian jenis baharu itu di Malaysia.
Katanya, arahan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan VOC jenis baharu di Malaysia.
"Melihat kepada perkembangan pelaporan beberapa jenis VOC baharu lagi di banyak negara luar, adalah dikhuatiri varian ini kemungkinan boleh dibawa masuk oleh pengembara yang mengembara ke Malaysia.
"Antara lain mereka perlu menjalani ujian swab bagi ujian pengesanan jangkitan COVID-19 tiga hari sebelum tarikh berlepas," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Tambah Ismail Sabri, pengembara juga diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di stesen kuarantin yang disediakan.
Katanya, pengembara yang baharu tiba di Malaysia juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera.
Beliau menjelaskan, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat tiga jenis varian yang membimbangkan iaitu B.1.351 yang pada mulanya dilaporkan di Afrika Selatan; B.1.1.7 mula dilaporkan di United Kingdom dan B.1.1.28 atau P1 yang pada mulanya dilaporkan di Brazil dan Jepun.
Katanya, penularan jangkitan itu berlaku dengan pantas dengan mempunyai gejala dan komplikasi yang teruk.
"Ini termasuk peningkatan kemasukan kes ke dalam wad dan unit rawatan rapi serta berlakunya kematian," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#varian baharu
#VOC
#COVID-19
#program vaksinasi
#ismail sabri yaakob
#jangkitan
#Afrika Selatan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan