awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengesanan dalam komuniti diteruskan, meskipun kes semakin berkurangan - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2020
12:06 MYT
Pengesanan dalam komuniti diteruskan, meskipun kes semakin berkurangan - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, KKM akan terus melakukan persampelan secara rawak dari semasa ke semasa bagi mengkaji tindak balas imuniti dalam komuniti. - Gambar BERNAMA
Meskipun kes jangkitan semakin berkurangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus menjalankan aktiviti pengesanan jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah bagi memastikan tiada kes sporadik dalam komuniti atau berlaku pendedahan terhadap kes-kes baharu yang masih wujud.
"Selain kes pengesanan aktif dalam kalangan kontak rapat pesakit positif kita juga melakukan persampelan secara rawak termasuk di kawasan lokaliti yang disyaki membabitkan kumpulan yang terdedah dengan risiko jangkitan dan juga pesakit sebelum menjalani pembedahan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut kata Dr Noor Hisham, pengesanan jangkitan turut dilakukan ke atas pesakit paru-paru walaupun mereka tidak perlu dibedah.
Setakat ini katanya, KKM mengesan 13 kes positif atau 0.1 peratus dalam kalangan pesakit sebelum menjalani pembedahan.
Angka 0.1 peratus itu katanya, adalah dianggap sangat rendah jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan persampelan itu.
Beliau turut memberitahu yang KKM akan terus melakukan persampelan secara rawak dari semasa ke semasa bagi mengkaji tindak balas imuniti dalam komuniti.
Topic Berkaitan
#CMCO
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#Pembedahan
#pengesanan rawak
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan