awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggantungan akhbar terbitan The Edge, Menteri Dalam Negeri rayu keputusan hakim

Bernama
Bernama
23/09/2015
06:25 MYT
Penggantungan akhbar terbitan The Edge, Menteri Dalam Negeri rayu keputusan hakim
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung selama tiga bulan penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.
Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri berhubung penggantungan dua akhbar milik The Edge Communications Sdn Bhd.
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengesahkan perkara itu.
Notis rayuan difailkan semalam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan di Mahkamah Rayuan Putrajaya, katanya.
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara juga memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuannya didengar dan diputuskan Mahkamah Rayuan.
Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung selama tiga bulan penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.
Asmabi turut membenarkan permohonan untuk semakan kehakiman yang difailkan oleh The Edge Communication Sdn Bhd pada 27 Julai.
Penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung kerana menyiarkan laporan berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dikatakan mengandungi penerbitan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggugat keselamatan serta kepentingan negara.
Topic Berkaitan
#KDN
#Mahkamah Tinggi
#Menteri Dalam Negeri
#Pejabat Peguam Negara
#the edge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan