awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna LRT boleh nikmati perjalanan terus Sentul Timur-Putra Heights mulai esok

Bernama
Bernama
16/07/2016
10:49 MYT
Pengguna LRT boleh nikmati perjalanan terus Sentul Timur-Putra Heights mulai esok
Perkhidmatan LRT ini juga murah kerana bagi perjalanan antara Sentul Timur dan Putra Heights sepanjang 37 kilometer, tambangnya hanya RM3.50 dengan menggunakan pakej MyRapid SMART 30. - Gambar fail
Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Sri Petaling-Ampang kini boleh menikmati perjalanan terus antara Sentul Timur dan Putra Heights, yang akan dikenali secara rasmi sebagai LRT Laluan Petaling mulai esok.
Prasarana Malaysia Berhad berkata dalam satu kenyataan hari ini berkata selesai sahaja migrasi penuh sistem isyarat untuk laluan LRT bagi Laluan Sri Petaling-Ampang tengah malam ini, pengguna tidak lagi perlu bertukar tren di Stesen Sri Petaling untuk perjalanan antara Sentul Timur dan Putra Heights, yang juga berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya.
"Bukan saja mudah dan lancar, perkhidmatan LRT ini juga murah kerana bagi perjalanan antara Sentul Timur dan Putra Heights sepanjang 37 kilometer, tambangnya hanya RM3.50 dengan menggunakan pakej MyRapid SMART 30.
"Untuk mereka yang mempunyai kad konsesi seperti warga emas, pelajar dan golongan kurang upaya, bayaran tambang adalah RM2.40," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, secara keseluruhan perjalanan penuh Laluan Sri Petaling akan melalui 29 stesen termasuk kawasan Puchong, Kinrara, Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras, pusat bandaraya dan Sentul yang mengambil masa 65 minit bagi perjalanan satu hala.
"Mulai esok juga, perjalanan dari Sentul Timur tidak lagi beroperasi secara berselang-seli dengan tren-tren ke Ampang apabila penstukturan baharu laluan LRT Laluan Sri Petaling-Ampang dilaksanakan.
"Menerusi penstuktruran baharu, Laluan Ampang yang melibatkan perjalanan pendek untuk lapan stesen termasuk, Ampang dan Chow Sow Lin akan ditukarkan menjadi perkhidmatan pengantara dengan pengguna bertukar tren di stesen Chan Sow Lin," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#laluan baharu
#LRT
#prasarana
#Putra Heights
#Sentul Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan