awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan setem hasil, mesin franking tamat mulai Januari 2024 - LHDN

Bernama
Bernama
21/08/2023
04:58 MYT
Penggunaan setem hasil, mesin franking tamat mulai Januari 2024 - LHDN
LHDN memaklumkan pembayar duti dibenarkan untuk menggunakan setem hasil bagi urusan penyeteman dokumen atau perjanjian sehingga 31 Disember 2023 sahaja.
KUALA LUMPUR: Penggunaan setem pelekat (setem hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh Malaysia sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen atau perjanjian akan ditamatkan mulai 1 Jan 2024.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayar duti dibenarkan untuk menggunakan setem hasil bagi urusan penyeteman dokumen atau perjanjian sehingga 31 Disember 2023 sahaja dan dinasihatkan untuk menghabiskan setem hasil yang berada dalam simpanan masing-masing.
"Bagi sebarang setem hasil yang tidak digunakan, tiada tuntutan bayaran balik dibenarkan atau diganti dengan wang tunai.
"Permohonan penyeteman dan pembayaran duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem," menurut kenyataan itu.
Katanya, individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS.
Pendaftaran fail cukai individu pula boleh dibuat melalui e-Daftar di pautan https://edaftar.hasil.gov.my., menurut LHDN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#setem hasil
#mesin franking
#tamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan