awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan cedera dihempap dahan pokok tumbang

Bernama
Bernama
06/08/2021
15:42 MYT
Penghantar makanan cedera dihempap dahan pokok tumbang
Mangsa yang berusia 23 tahun dipercayai mengalami kecederaan patah bahagian paha kiri dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan lanjut. - Gambar/ Media sosial
JOHOR BAHRU: Seorang penghantar makanan Food Panda cedera selepas dihempap dahan pokok yang tumbang, ketika menunggang motosikal dalam keadaan angin kencang dan hujan lebat di Jalan Besar Pekan Telok Sengat, Kota Tinggi, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira pukul 3 petang daripada seorang pemandu kereta yang sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Besar ke Pekan Teluk Sengat.
Menurut pengadu, tiba-tiba sebatang pokok besar telah tumbang dan menghempap sedikit bahagian hadapan sebelah kiri kenderaannya dan pada masa sama, sebuah motosikal dari arah Pekan Telok Sengat menuju ke Jalan Besar turut dihempap oleh pokok berkenaan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dilihat terbaring di atas jalan raya bersama motosikalnya dalam keadaan dihempap dahan-dahan pokok yang tumbang dan diberikan bantuan kecemasan oleh ambulans dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah dihubungi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Hussin berkata pihaknya telah mendapatkan bantuan penduduk kampung bagi memotong dahan pokok yang tumbang untuk menyelamatkan mangsa.
"Mangsa yang berusia 23 tahun itu, disyaki mengalami kecederaan patah bahagian paha kiri dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan lanjut. Keadaan mangsa dilaporkan stabil.
"Pokok yang berada pada jarak kira-kira 40 meter dari jalan raya itu, dipercayai pokok tua yang tumbang akibat tiupan angin kencang ketika hujan lebat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#FoodPanda
#cedera
#Pokok tumbang
#dahan patah
#dihempap pokok
#Kota Tinggi
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan