awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
Polis UK tahan tujuh penunjuk perasaan berhampiran pangkalan RAF digunakan AS
Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin

Bernama
Bernama
23/04/2022
02:53 MYT
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Ali, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis.
PUTRAJAYA: Penghormatan terakhir bagi bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang meninggal dunia pada Khamis lepas akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini pada Isnin ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, penghormatan terakhir bagi Allahyarham di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah dari 8 pagi hingga 9.45 pagi.
"Pelawat-pelawat yang ingin memberikan penghormatan terakhir dinasihatkan untuk tiba di dewan mulai pukul 8 pagi hingga 9.45 pagi sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya kira-kira pukul 10.15 pagi," menurut kenyataan tersebut.
Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis.
Menurut kenyataan JPM itu, jenazah dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3 pagi Isnin, sebelum dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#penghormatan terakhir
#meninggal dunia
#Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan